Panduan Mencari Pekerjaan
Beberapa Panduan Membuat Resume
Resume adalah merupakan data ringkas yang menceritakan pengalaman dan
kelayakan yang dimilikki oleh seseorang yang mencari sesuatu pekerjaan.
Ianya juga adalah merupakan perkara yang amat mustahak dalam menentukan
calon layak untuk proses selanjutnya samada dalam proses senarai pendek
atau proses temuduga.
Resume yang dibuat dengan baik akan memudahkan pembacanya menilai kelayakan calon-calon.
Dalam persaingan mencari pekerjaan ditengah-tengah situasi ekonomi
yang tidak menggembirakan saat ini, ditambah lagi dengan banyaknya
jumlah pencari pekerjaan, majikan terpaksa meluangkan banyak waktu
untuk memilih calon yang berkualiti. Dengan membuat resume secara
menarik, padat dan ringkas pencari pekerjaan sebenarnya memperoleh
manfaat yang sangat besar bagi dirinya.
Panduan-panduan membuat resume :
- Pada umumnya resume hanya terdiri dari 2 mukasurat. Namun jika
pengalaman pekerjaan dan pendidikan yang anda rasa sangat penting maka
3 mukasurat resume masih dapat diterima. - Sertakan foto pada muka hadapan, pastikan pakaian dan rambut anda
kemas dan rapi. Untuk menjimatkan kos, gunakan foto digital yang boleh
dicetak terus pada resume sekiranya and menggunakan pencetak warna. - Tulis sejarah pendidikan dan pekerjaan anda secara tepat.
- Tuliskan hanya hal-hal yang relevan dengan tuntutan pekerjaan yang anda pohon.
- Elakkan kesalahan-kesalahan tanda baca, ejaan mahupun tata bahasa.
Jika anda menulis resume dalam bahasa Inggeris, cubalah minta untuk
disemak oleh teman yang menguasai bahasa tersebut. - Resume yang dibuat secara tidak tersusun menggambarkan fikiran yang
tidak jernih dan ketidakmampuan penulis untuk menceritakan pengalaman
dan kelayakannya. - Pilihlah format terbaik yang dapat anda tampilkan untuk membuat
resume, termasuk pemilihan jenis huruf dan kertas yang digunakan serta
paduan warna jika anda menggunakan pencetak warna. - Nyatakan penghargaan yang pernah anda terima sesuai dengan jawatan yang dipohon.
- Nyatakan prestasi akademik yang anda raih.
- Jika anda terlibat dalam organisasi professional seperti Institut Jurutera Malaysia dan sebagainya sila nyatakan.
- Tuliskan semua pengalaman yang pernah anda lalui sesuai dengan tuntutan pekerjaan yang anda pohon.
- Tidak perlu menyatakan gaji yang anda perolehi sebelum ini, tetapi perlu dinyatakan gaji yang anda pohon.
- Lampirkan dokumen atau salinan sijil yang penting sahaja
terutamanya salinan sijil SPM/STPM, Sijil Kemahiran, Diploma serta
Ijazah. Tidak perlu dilampirkan sijil penyertaan merentas desa,
penyertaan kursus sehari yang tiada kaitan dengan pekerjaan, sijil
berhenti sekolah, sijil beranak dan sebagainya melainkan ianya diminta
secara khusus oleh majikan. Sila sahkan salinan sijil yang dilampirkan. - Jika anda memilikki lesen kenderaan sila nyatakan. Sekiranya anda
mempunyai kenderaan sendiri dan paspot antarabangsa sila nyatakan
sekiranya jawatan yang dipohon memerlukan anda untuk melakukan
tugas-tugas luar. - Resume yang dihantar hendaklah didahulukan dengan surat permohonan pekerjaan yang padat dan kemas.
- Simpan surat permohonan dan resume anda dalam “softcopy” supaya
mudah untuk anda hantar melalui mel elektronik bila perlu. Pastikan
saiz dokumen anda tidak besar supaya tidak melambatkan proses
penerimaan mel oleh majikan. Sebaiknya saiz dokumen hendaklah kurang
daripada 50 KB. - Gunakan perisian “word processing” apabila anda membuat resume.
Elakkan menggunakan perisisan “spread sheet” seperti Excel dan
sebagainya untuk membuat resume anda.
Panduan Mengisi Borang Permohonan
- Tulis dengan kemas. Gunakan pen yang terang dan lancar. Gunakan pen dakwat hitam atau biru.
- Semua perkataan mestilah dieja dengan betul.
- Ikut arahan yang diberi dengan teliti.
- Semak semula borang yang telah diisi.
Panduan Menulis Surat Permohonan
- Tujuan surat permohonan dihantar adalah supaya anda dipanggil untuk sesi temuduga, bukan untuk mendapatkan pekerjaan.
- Pastikan surat permohonan anda ditaip dengan baik dan kemas.
- Pastikan ianya ringkas dan maklumat-maklumat yang lengkap
dilampirkan di dalam resume. Pastikan anda tidak mengulang maklumat
yang ditulis dalam resume ke dalam surat permohonan anda. - Nyatakan taraf pendidikan, pengalaman dan kebolehan anda secara ringkas.
- Jangan nyatakan bahawa anda membuat permemohonan adalah kerana anda
bosan dengan pekerjaan anda yang lama atau anda mahukan gaji yang lebih
tinggi.
Panduan Sebelum Temuduga
- Pastikan anda sampai 15 minit lebih awal.
- Tenangkan diri anda sebelum sesi temuduga
- Dapatkan maklumat-maklumat yang berguna berkenaan dengan syarikat melalui internet atau sumber-sumber lain.
- Pengetahuan anda mengenai syarikat tersebut akan menjadikan majikan kagum dengan keprihatinan dan kesediaan anda.
Sewaktu Sesi Temuduga
- Pakailah pakaian yang sesuai dengan pekerjaan yang dipohon. Untuk
jawatan pengurusan, professional dan eksekutif adalah lebih sesuai jika
anda memakai kemeja lengan panjang dan tali leher untuk lelaki.
Pakailah jam tangan. - Pastikan talipon bimbit anda dimatikan sebelum anda memasukki bilik temuduga.
- Semua sijil-sijil dan dokumen asal yang berkaitan perlu diisi di
dalam fail atau sampul surat yang besar sahaja. Sebaiknya gunakan fail
lutsinar dan disusun dokumen dan sijil mengikut yang paling utama
dihadapan. - Gunakan kasut yang sesuai, bersih dan kemas. Jangan memakai kasut sukan, selipar, sandal atau but.
- Berambut pendek adalah bersesuaian untuk lelaki.
- Jika anda seorang lelaki jangan memakai subang, rantai dan gelang tangan.
- Bawa bersama pen dan buku kecil atau diari untuk catitan sekiranya perlu.
- Elakkan nafas berbau atau pakaian anda berbau asap rokok.
Bagaimana Menceritakan Pengalaman Anda Semasa Sessi Temuduga
- Ceritakan mengenai diri anda dan kebolehan anda.
- Elakkan memuji diri sendiri.
- Jawab soalan secara lengkap dengan cara mennghuraikan sedikit jawapan anda.
- Pastikan percakapan anda jelas didengari.
- Duduk tegak dan pandang ke arah penemuduga apabila anda bercakap.
- Kaitkan jawatan yang dipohon dengan tugas-tugas yang pernah anda lakukan.
- Elakkan bercerita terlalu panjang tanpa henti.
- Elakkan menanya penemuduga dengan bertujuan untuk menguji kebolehan penemuduga.
Pertanyaan Kepada Majikan
- Di akhir sessi temuduga , penemuduga biasanya akan bertanya kepada calon sekiranya ada sebarang soalan.
- Elakkan terlalu banyak soalan.
- Tanyakan tanggungjawab jawatan yang dipohon.
- Tanyakan kepada siapa untuk melapor diri.
- Tanyakan tempoh waktu kerja.
- Tanyakan sama ada dikehendaki ke luar kawasan.
- Tanyakan gaji atau lingkungan bayaran yang akan diterima
- Tanyakan kemudahan kesihatan
DOA
Akhir sekali dalam apa jua usaha kita, haruslah ianya diiringi
dengan doa. Semoga kita berjaya mendapat pekerjaan yang berkat lagi
diredhai.
Nota Tambahan (Panduan Membuat Resume)
10 Tips Untuk Membuat Resume
- Jangan menghantar resume kamu tanpa
surat pengenalan diri. lni akan memberi tanggapan seolah-olah kamu
tidak berminat untuk mendapatkan kerja tersebut. - Surat pengenalan itu mesti dibuat
dengan kemas dan teratur. Sebaiknya resume kamu mestilah ditaipkan
supaya ia kelihatan kemas dan lebih formal, mudah dibaca dan senang
membuat pembetulan. Jangan kirimkan resume yang difotostat kerana ia
akan memberikan imej buruk pada kamu, seolah-olah kamu tidak
bersungguh-sunguh. - Resume harus ada dalam satu muka surat sahaja. Jadi, ia mesti ringkas, padat dan jelas.
- Tulis sendiri! Tidak salah kalau kamu
membuat rujukan daripada contoh atau format yang sedia ada, tetapi
sebaiknya kamu tulis sendiri dan tentu hasilnya lebih
memuaskan. Selain itu, kamu juga harus jujur semasa membuat resume.
Jika kamu membesar-besarkan keupayaan kamu, tentu kamu akan malu jika
ia diketahui orang nanti. - Elakkan ‘gimik’ seperti foto, lukisan
kartun dan lain-lain. Resume harus formal dan bersih serta senang
dibaca. Gimik yang diletakkan juga tidak akan mendapat penilaian yang
lebih baik. Jadi jangan buang masa untuk membuatkan gimik itu. Lagipun,
ia kelihatan seolah-olah kamu masih lagi kurang matang, tidak dapat
bezakan surat formal dan peribadi. - Resume kamu harus difokuskan dalam
bidang kemahiran kamu sendiri terutamanya dalam bidang yang berkaitan
dengan kerja yang kamu pohon itu. - Gunakan nombor atau garisan supaya resume kamu kelihatan kemas.
- Resume kamu juga harus tepat dan khusus kepada topik yang dibincangkan supaya ia kelihatan aktif dan positif.
- Jangan bazirkan ruangan dengan
perkataan yang tidak penting. Biarlah setiap perkataan yang ditulis itu
bermakna dan menyokong objektif penulisan resume kamu. - Buatlah beberapa draf dan berikan
resume kamu kepada beberapa orang untuk diperiksa. Jika terdapat
kesalahan dari segi tatabahasa atau ejaan, buatlah pembetulan. Resume
yang mempunyai banyak kesalahan akan memberikan kesan buruk kepada
pembacanya
Cara Menulis Resume yang Baik
Resume adalah langkah paling asas dalam
membuat pemohonan kerja. Resume yang baik harus memberi kesan yang
positif kepada penemuduga. Resume yang baik harus meliputi semua aspek
di bawah:
1. Isi kandungan
Unsur-unsur dalam resume itu mesti
standard. Walau bagaimanapun kamu boleh menentukan sama ada kamu ingin
menceritakan secara terperinci atau tidak, tentang pekerjaan kamu yang
lepas.
2. Asas
la termasuk nama, nombor telefon, alamat
dan e-mail (jika ada). Kamu juga harus sertakan dengan dua keping foto
saiz berukuran pasport bersama resume tersebut.
3. Objektif
Objektif merujuk kepada matlamat kerjaya
dan kemahiran kamu. la boleh ditulis dalam satu atau dua ayat sahaja.
la juga boleh diabaikan tetapi ramai penemuduga harap dapat membacanya.
Dalam objektif kamu, jangan menyalin bulat-bulat penerangan pekerjaan
itu daripada iklan sahaja. Kamu mesti kreatif sikit!
4. Pendidikan
Senaraikan semua kelulusan akademik kamu
daripada peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat tertinggi yang
kamu miliki. la termasuk jurusan yang diambil, gred atau markah purata,
anugerah yang diterima.
5. Kemahiran khusus
Nyatakan kemahiran yang kamu miliki
temmasuklah bahasa, sama ada dari segi penulisan atau pertuturan,
penggunaan komputer atau kemahiran lain yang berkaitan dengan kerja
yang kamu pohon itu.
6. Aktiviti
Senaraikan aktiviti-aktiviti yang telah
kamu lakukan seperti hobi, kerja sukarela dan lain-lain yang dapat
menunjukkan kewibawaan kamu. Selalunya penemuduga akan dapat tahu
pesonaliti kamu melalui aktivi yang kamu ikuti itu.
7. Pengalaman herja
lni termasuk kerja praktikal, kerja
sambilan, kerja sementara dan kerja sukarela. Jika boleh, susun ia
mengikut tahun dan tarikh yang terkini. Masukkan juga jawatan kamu,
nama syarikat, lokasinya dan tugas-tugas utama yang kamu jalankan.
8. Rujukan
Kamu harus menyatakan bahawa kamu bersedia untuk memberi penerangan sekiranya pihak penemuduga mempunyai apa-apa pertanyaan.
Corak Resume
Terdapat 4 jenis format resume. Setiap jenis itu mempunyai kebaikan dan kelemahannya serta sesuai untuk suasana yang berlainan.
1. Kronologi (mengikut urutan)
Untuk menjadikan resume kamu lebih
teratur, senaraikan setiap perkara mengikut turutan taHun tetapi secara
terbalik (Yang terkini ditulis dabulu). Ia lebih menitikberatkan
perjalanan kerjaya kamu dan nama syarikat kamu dulu, tetapi kurang
mengambil berat tentang pengalaman kerja dalam sesuatu bidang.
2. Corak Fungsi
la menitikberatkan keupayaan dan tugas
utama kerja, jawatan serta pengalaman kerJa kamu. Ia amat sesuai
digunakan oleh pemohon yang kurang berpengalaman dan hanya mabu
fokuskan pada kemahiran mereka sahaja.
3. Corak bermatlamat
Corak ini senaraikan penerangan tentang
sasaran suatu kerja khusus serta mahu memberi kesan yang mendalam
kepada penemuduga. la amat sesuai bagi pemohon yang mahir dalam sesuatu
bidang.
4. Corak penyiaran
Corak yang berdasarkan pengalaman atau
percubaan. la merupakan surat penerangan bagi diri kamu dan
menitikberatkan kemahiran kamu. Amat sesuai digunakan untuk pemohon
yang moden dan ingin meminta ditemuduga oleh syarikat itu..
Entries (RSS)
hai….
hi